Tuesday, April 28, 2009
Thursday, April 23, 2009
PERNAH KAH KAU TERPIKIR... PERNAH!! TAPI TAK PERNAH LIHAT. POKOK DALAM BADAN YANG TAK ADA CAHAYA PUN BOLEH HIDUP. ALLAH MAHA KUASA
23 April 2009
Doktor temui pokok dalam paru-paru
Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.
"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.
Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.
Zamri Kecik's
Wednesday, April 15, 2009
Tuesday, April 14, 2009
Wednesday, April 8, 2009
BEETLES UNTUK BAHAN PEWARNA? CUBA CHECK WEB DIBAWAH
Cuba lihat ape tu beetle yang sebanarnya. boleh jadi pewarna ke?
AAW
eeee geli
JANGAN MINUM SIRAP!
Dahlah murah kasi mudarat pula;
Pagi tadi saya dengan Radio 24 slot Bersama PPI (Persatuan Pengguna Islam), jadi Tok ki tu kata Pewarna merah sirap dihasilkan dan dicampur dengan bahan E120; yang bahan nya dari semut merah yang di ternak dan di ‘crushed’ untuk diambil warnanya. Lalu saya check internet E120 dan memang is di crushed dari beetles (kumbang kecil?) untuk warna tertentu dia guna binatang lain! Please check the following blog. http://aawnkg.blogspot.com/ dan juga internet.
SIRAP MENGANDUNGI BAHAN E120: YANG ASALNYA DARI SEMUT MERAH YANG DI 'CRUSHED' JANGAN MINUM...
Vegetarian Society asks public to make nominations for prestigious annual
food & lifestyle awards
The Vegetarian Society is inviting members of the public to nominate their favourite veggie-friendly local pub, the best vegetarian café and the top retailer of meat-free ready meals, for the prestigious Vegetarian Society Awards 2005.
The Society also wants to know which products people can’t believe aren’t suitable for vegetarians, when at first glance you could assume they are. Last year Nestlé Smarties received the dubious accolade of The Imperfect World Award, as they contain cochineal or E120, a food colouring made from crushed beetles.
Nestlé has yet to change the recipe of Smarties so the sweets still pose a hazard for veggie children (and adults) who might not be aware of what E120 is.
Visit www.vegsoc.org or phone 0161 925 2000 for a nomination form.
The full list of categories to be judged this year is as follows:
~Best vegetarian bistro or café
~Best provision for vegetarians in a pub or pub chain
~Best Retailer for vegetarian ready-meals
~Best Meat or Fish Substitute
~Best 100% vegetarian box of chocolates
~Best range of vegetarian soup
~Best entirely vegetarian, cruelty free body and skincare range
~Imperfect World Award
Notes for editors
For more press information please contact Kerry in The Vegetarian Society press office:
kerry@vegsoc.org
0161 925 2012, 07973 108165
The Vegetarian Society Awards are an opportunity to celebrate vegetarianism and highlight those companies striving to improve the choice and range of vegetarian products and services enjoyed by the UK’s 3 million vegetarians - as well as the growing band of ‘meat reducers’ (around half the population) who tuck into vegetarian meals several times a week.
Press Officer press@vegsoc.org
For the latest Vegetarian Society press releases visit www.vegsoc.org
The Vegetarian Society
Direct line - 0161 925 2012
Fax 0161 926 9182
Registered Charity: 259358
Sunday, April 5, 2009
INGATAN PADA YANG LUPA...
|
Thursday, April 2, 2009
Anak Anak abah.. baca yang ini
Semoga anak-anak kita dapat menjadi segigih ini.
Subject: Inilah rumahku...
This girl even puasa isnin and khamis since she was 12 years old just because her family didnt have enough food to eat. Also antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.
Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
WpUwFy0rlq.jpg (109KB) | 46LVznKbhl.jpg (4KB) | OXyKULH0Xc.jpg (158KB) |
YENG YENG YENG...
Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz
PKR Gerik, Thursday, April 2, 2009
KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.
Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.
Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.
Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.
Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.
“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.
“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.
Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.
“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.
http://pisautoreh.blogspot.com lagi...
Wednesday, April 1, 2009
CUBA BACA CERITA NI; FAHAM TAK? LOGIK TAK?
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati