Sunday, February 8, 2009
(1) Bloggers@LIVE - update 11.00 pm
YAB MB Perak ketika memulakan ucapan dari atas rumah beliau
Barisan Pimpinan Utama di Himpunan Rakyat.
Khalayak rakyat yg ramai dari pandangan atas
Setelah mendengar ucapan YB Menteri Besar Perak sebentar tadi saya membuat kesimpulan yang dapat dibuat adalah isu yang berlaku kini bukannya isu gila atau tamak kuasa tetapi isu membelakangkan undang-undang. Mengikut undang-undang (Perlembagaan Negeri Perak) MB tidak boleh dilucutkan oleh Sultan. Tetapi perkara itu telah dilakukan dan berlaku di Perak.
Dalam keadaan in YB Nizar bangun untuk mempertahankan undang-undang bukannya mempertahankan kuasanya. Apa jadi jika YB Nizar mengalah dan menurut sahaja titah Sultan? YB Nizar telah turut bersama mencabuli undang-undang.
Dalam situasi sekarang, fakta dan tafsiran telah diputar belitkan sehingga orang menganggap YB Nizar adalah penderhaka. Saya rasa orang yang membuat undang-undang itulah yang menderhaka kerana tidak menetapkan Sultan boleh memecat MB. Saya berharap pemimpin UMNO yang sayang dan taat kepada Sultan mengubah undang-undang yang ada untuk memberi kuasa kepada Sultan memecat dan melantik MB dan PM.
(1) Bloggers@LIVE - update 10.30 pm
Ujar beliau penuh semangat, martabat dan imej itu akan dapat dipulihkan dan ditingkatkan dengan mendesak pembubaran DUN Negeri Perak sebagaimana peruntukan itu wujud dalam Perlembagaan, hak rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat.
Gema suara semangat rakyat yang hadir melaungkan kembalikan hak negeri perak kpd rakyat,
YAB MB Perak meletakkan kesalahan kepada apa yang berlaku kepada TPM, Dato' Najib untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya suara rakyat yang bangun mendesak diadakan pilihanraya di negeri Perak menunjukan 'signal' yang jelas kepada BN, agar jangan berlaku biadap kepada rakyat, dengan mengenepikan kuasa rakyat.
Beliau juga berkehendak agar berlaku adillah kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang sah melalui pilihanraya setelah DUN dibubarkan bagi menyatakan kerajaan mana yg benar-benar sah namun Dato' Najib telah merampas kuasa dan menolak kehendak rakyat Perak.
(1) Bloggers@LIVE - update 10.00 pm
Siaran Lansung
HIMPUNAN KEMBALIKAN KERAJAAN RAKYAT
di kediaman resmi Menteri Besar Perak
8 Februari 2009
bermula 9.00 malam
siaran lansung di
saluran 3
(1) Bloggers@LIVE - update 9.45 pm
(2) Bloggers@LIVE - update 9.15pm
Kakak ni tadi ABO tanya, bisnes ok kaa..wow! senyum kakak tu sampai tak nampak mata. Jual kacang kuda juga boleh jadi kaya...! Husin Lempoyang sudah susah hati..wakakakaka!
(1) Bloggers@LIVE - update 9 pm
Pasukan Unit AMAL yang ditugaskan untuk memantau dan mengawasi Bilik Media dengan kawalan 24 jam sehari. Terima kasih kepada petugas Unit Amal dari Pontian, Ipoh Barat, Lumut dan Pahang. Kawalan tahap A++
Banyak untung ana ini malam, pelanggan banyak,masyukk pun banyak, lagi untung jual tasbih dari jual unta..tapi ana tak jual katak. Katak sekarang harganya juta-juta sheihhh, ana mana ada modal sebanyak itu..!
No comments:
Post a Comment