Saturday, May 16, 2009
Cara nak update blogspot guna handphone
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ada dua orang email kat kat aku tanya macamana nak update blog guna email, yang tanya berdepan pun ada sorang. Aku memang nak tulis sejak hari tu lagi tapi lupa memanjang. Sebenarnya cara dia cukup senang, cukup mudah. Yang lebih penting pada aku memang perlu sangat terutama yang selalu 'cover' aktiviti tapi malu nak usung laptop.
Yang tanya aku tu pasai depa perasan masa sidang DUN Perak 7 Mei lepas aku ada update blog ni guna handphone. Aku sebenarnya teringat nak try hantar email. Aku ingat aku memang pernah buat setting tapi lama dah. Masalahnya nak hantar ke alamat mana. Bila aku chek rupanya aku pernah simpan alamat tu dalam profile aku.
Jadinya belasah ja la try, kalau tak jadi pun takpa. Lepas hantar guna handphone tu aku call sorang member tanya ada dak masuk entry baru. Rupa-rupanya memang boleh.
Masa aku nak buat setting dulu perasan ada blogger tak sapa tak ingat kat belah bawah entrydia ada tulis update via bluebarry kalau tak silap aku. Ni tentu dia update guna handphone. Bila aku tanya kat pakcik google, ada satu blog tah yang mana aku dah lupa bagitau cara-cara nak setting. Rupa-rupanya boleh update guna email dari handphone.
Aku ikut laa arahan kat blog tu. Tapi kalau tak salah aku, tak berjaya hantar. Kalau tak silap aku pasai aku tak upgrade lagi kad ke 3G kut, pasai tu tak boleh hantar email. Ataupun mungkin jugak pasai aku tak buat lagi setting email kat handphone aku lagi kut.
Ok, berbalik kepada macamana cara nak buat. Mula-mula pastikan handphone boleh hantar email. Kalau tak boleh kena bagi boleh dulu la. Aku nak ajar pun tak berapa releven pasai nak setting tu bergantung kepada jenih handphone dan jugak service provider.
Untuk yang guna handphone jenis Sony Ericsson dan line celcom aku boleh la ajar tapi lain kali la. Kali ni aku ajar untuk yang memang dah boleh email ja dulu. Kalau guna handphone Nokia mintak maaf, aku tak reti, lagi pun aku boikot jenama Nokia.
Mua-mula masuk ke dashboard blogspot, macam gambar kat bawah, klick kat 'setting'.
Lepas tu klik kat 'Email & Mobile'
Lepas tu ganti perkataan 'secretWord'. Ikut suka la nak bubuh perkataan apa pun, pilih yang kita senang nak ingat. Kalau nak guna perkataan tu pun takpa tapi jangan la pulak heran kalau ada orang lain yang tolong 'update' blog hangpa.
Lepas tu tanda pada pilihan 'Publish email immediatly'. Kalau nak hantar sebagai draf pun boleh, kemudian bila online baru publish tapi nak buat apa pasai tujuan nak update cara ni pasai mungkin kita nak lapurkan terus kat tempat 'kejadian'.
Siap. Itu ja yang perlu dibuat. Boleh la try hantar email menggunakan handphone guna alamat email tu. Sebelum ni aku guna cenangau.tungau@blogger.com tapi aku dah tukar pasai masa nah hantar update hari tu jenuh aku mengingat apa perkataan tu tapi takmau ingat. Jadinya aku dah tukar ke perkataan yang aku rasa aku payah nak lupa.
Selamat mencuba.
Related Posts by Categories
Bloggers tips
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment