Wednesday, March 11, 2009

Takbir...

11 Mac 2009

Hampir 20,000 hadir ceramah MB Perak di Titi Serong.

PARIT BUNTAR: Krisis perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang menarik minat pelbagai pihak untuk memenuhi segenap inci dan sudut di Pusat Tarbiyah Titi Serong dengan kehadiran hampir 20,000 orang di sini malam tadi.

"Sebelum ini tidak pernah seramai itu yang hadir dan merupakan sejarah di tempat berkenaan" Jelas Ketua Kampung Jalan Pantai Tg. Piandang, En Jamaluddin.

Penceramah utama dalam program itu ialah YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Machang , YB.Saifuddin Nasution.Selain itu turut memberikan ucapan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Pengerusi Kelab penyokong PAS Bagan Serai, En.Beh dan YDP Pas Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim.


Tuesday, March 10, 2009

BETUL LA..

Tuesday, March 10, 2009

Eksklusif Selasa

Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

Ulasan dan analisa lanjut mengenai peristiwa ini akan menyusul selepas ini. [h langkat 3:45 pm 10/03/09]

Monday, March 9, 2009

Satu lagi kisah geli geleman...

> Subjek: Restoran Mamak .... Berhenti membantu Mereka Kaya >
>
> Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRESINT 9 ,
> PUTRAJAYA dekat Avon . Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni.
> Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan
> tangan takpe jugak.
>
> Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2.
> Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih . Yang
> makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.
>
> Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So
> sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang
> diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu. Kedai melayu pun ada jugak
> jual roti canai dan teh tarik. >
>
> Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan
> ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat
> saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG .. Saya ternampak salah sorang
> pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung
> anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik. >
>
> Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu... You ISLAM? Dengan
> takut2 dia jawab saya hindu tapi BOSS saya ISLAM. Saya suruh dia panggil
> BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf. Saya cakap "maaf kepala hotak
> you!!!"
>
> Saya tanya dia "you ISLAM???" Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah.
> Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! Yang aku marah
> sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD
> besar-besar. .
>
> Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak
> semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL . dan
> RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2
> !!!...
>
> Restoran Mamak DI ALOR SETAR. Di suatu ketika dahulu..... kami ada
> membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Alor Star.
> Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk membacakan do'a
> pembuka tirai.
> Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun
> berbual2. Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan
> muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu
> pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati
> bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR
> DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE2 CINA ADALAH
> PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!
> Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu...mengapakah perkara ini,
> dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum?
> Jawapan ustaz ... mamak2 tu telah mengikat kontrak bekalan ayam dengan
> tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan
> kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 pula
> akan saman Majlis Agama....."
> Permintaan ustaz, "Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang
> ana mampu"
>
> RESTORAN INSAF, JLN TUANKU ABD RAHMAN
> -Kisah Benar-Nasi Beriani-
> Assalamualaikum. Last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat
> Jln TAR.. Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai.
> Lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia gi kat
> tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member.
> Nak dijadikan citer......kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang
> digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH.. TANG
> GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH...apa lagi........ dia terus mintak
> cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi........ sampai kat
> opis.... dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan
> lain yang tak pergi......
>
> Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA
> MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan.
> Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu
> stall bawah accelator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu......
> Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!).
> Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat
> situ ada d ua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...!
>
> Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat
> benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30 , mereka akan
> pakai 'calit sarjan' kat dahi...??? MAMAK ISLAM KE TU??
> Lagi 1 sesiapa yang selalu ke pasar PUDU , ada satu stall kat belakang
> stesen minyak ESSO . Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah
> makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati. Sah-sah pompuan India
> tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai
> 'calit-sarjan kat dahi'!!
> Kenapa tak mau susah sikit, cross jln. Kenapa makan makanan yang was-was
> macam tu???
>
> Wallahuaklam. . BANYAK lagi kisah yg saya telah dengar dari kekawan
> Restoran mamak SHAH JAHAN MAJU di SETIA WANGSA . Kawan kpd kawan
> saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti
> canai. Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah
> diamati betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku(mungkin kepala taik
> krn ianya keras sedikit). T uan restoran tersebut mahu menutup mulut
> kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan
> telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari.
> Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya.
> Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut.
> Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan
> makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan
> dgn tempat lain. Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor
> akan menjadi kotor secara automatik
>
> DI LEBUH AMPANG KL , ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka iaitu
> RESTORAN MAJU CURRY HOUSE IAITU rangkaian SHAH MAJU.
> Kemana perginya nama Jahan itu? Sama juga spt yg berlaku di kedai NASI
> LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di KG BARU, KL .
> Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja
> makan di kedai tersebut.
> Tiba2 beliau ternampak seekor TOYOL sedang kencing di dalam periuk nasi
> lemak.
> Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabya dia
> tak nak makan di kedai itu. Mungkin tuan punya kedai telah meminta
> pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut krn bomoh
> sememangnya takkan beritahu. Tambahan pula tuan kedai tidak boleh
> melihat toyol dengan mata kasar....
> Wallahualam. ...
>
> p/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, baru berkat hidup kita,
> Insyaallah.
>

Thursday, March 5, 2009

eeee geli

JELI KULIT BABI



Kiriman :ZAMRI kecik's



Baca Seterusnya...

Wednesday, March 4, 2009

Confirm P Ramli hebat. dia dah boleh nampak. cuma yang sekarang dengan segala kelebihan dan kecanggihan teknologi tak boleh pikir. Manusia lemah

Sunday, February 8, 2009

Nizar perlukan Laksamana Do Re Mi


Mengenang politik tempoyak di Perak di mana ada dua Menteri Besar, satu dikatakan sah dan satu lagi didakwa haram benar-benar membingungkan rakyat. Rakyat Perak mungkin ada yang pening-pening lalat ataupun sakit jiwa mengenangkan apa yang berlaku kini.

Di Buletin Utama TV3, saya melihat visual mengenai Dr Zambry Abdul Kadir telah memulakan tugasan pertamanya dengan menemui masyarakat Cina di Ipoh. Bukan main lagi galaknya Zambry bersalaman dan berpelukan dengan masyarakat Cina.

Selepas itu disiarkan pula visual Nizar Jamaluddin sedang mengadakan mesyuarat Exco khas di kediamannya. Dalam mesyuarat itu dilaporkan diluluskan empat buah proposal. Nampaknya Nizal sedikitpun tidak cemas dan selamba saja seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Entah kenapa bila saya melihat visual mengenai Nizar bersama Exconya mengadakan mesyuarat itu, saya terkenang kepada filem Laksamana Do Re Mi arahan P Ramlee terbitan 1972. Dalam filem itu ada satu bab bagaimana kisah seorang raja dari negeri Pasir Dua Butir yang kuasanya telah dirampas Menteri Pasola menyebabkan kuasa dan negerinya hilang.

Gara-gara itu, Raja negeri Pasir Dua Butir itu terpaksa melarikan diri dan berteduh di bawah sepohon pokok untuk dijadikan tempat semayam atau istana sementara bersama permaisurinya dengan dikeliling oleh beberapa orang datuk-datuk yang setia kepadanya sebagai batu asas kepada kerajaan negeri Batu Pasir Butir itu.

Bagaimana pun nasib raja Negeri Pasir Dua Butir itu baik kerana mereka didatangi oleh Laksamana Do Re Me yang datang membantu mereka. Dengan kekuatan dan kuasa yang sakti yang dimiliki oleh Laksmana Do Re Mi, Raja negeri Pasir Dua Butir itu mendapat semula negerinya dan Menteri Pasola yang jahat dihapuskan.

Saya rasa apa yang dihadapi oleh Nizar sekarang ini tak ubah seperti nasib Raja Pasir Dua Butir itu manakala lapan Exconya itu tak ubahlah sepeerti datuk-datuk yang menjadi hamba yang 'tertonggol' menjaga Raja negeri Pasir Dua Butir sebagai batu asas itu.

Makanya sekiranya Nizar hendak dapatkan semula jawatan MB dan kerajaannya, beliau kena cari dulu orang-orang seperti Laksamana Do Re Mi itu yang mempunyai kuasa berusur magik itu.

Do mempunyai tikar terbang, Re mempunyai teropong manakala Me ada bangsi ajaib. Hanya dengan memiliki tiga Laksamana yang sakti itu saja memungkin kerusi MB dan kerajaan Pakatan Rakyat akan dapat dikembalikan semula. Wa'lahualam. Zam...zam ala kazam....:)

- MSO MELAYU

Program Akrab: hantar anak ramai ramai...

PROGRAM AKRAB SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA 2009

AKRAB akan mengadakan program "Smart Learning", Kem Jati Diri Remaja dan "Summer Camp" sempena cuti sekolah pada bulan Mac 2009 ini.

Program "Smart Learning" Modul 1 adalah untuk pelajar tahun 4 hingga tingkatan 5. Program Kem Jati Diri Remaja pula adalah untuk pelajar yang berumur 13 tahun ke atas. Manakala program "Summer Camp" ialah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Ketiga-tiga program ini akan diadakan di MAPPETRA, Sg. Lui, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

TARIKH

PROGRAM

14 & 15 MAC 2009

SMART LEARNING (MODUL 1)

15 - 21 MAC 2009
KEM JATI DIRI REMAJA
19 - 21 MAC 2009
SUMMER CAMP

I LOVE MY FAMILY HU HU HU HU...

Rabu, Mac 04, 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal

Kiriman :ZAMRI kecik's

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "