Tuesday, February 24, 2009

Jaguh kampung (ayam kampung); kokok aje yang kuat, ekor...

Wednesday, February 25, 2009

Khir Toyo : Bapa Segala Rasuah

ADUN Sg. Panjang yang juga merupakan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilihat semakin mengarut itu didesak supaya MELETAK JAWATAN SERTA MERTA ekoran terdapat 20 salah laku Khir semasa memegang jawatan MB selangor.

Berikut adalah butiran kes Khir :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Sumber dari : sini

Monday, February 23, 2009

Release kan tention; tengok camne orang pempuan bawa keta...

Panjang cerita macam ni....

Tuesday, February 24, 2009

ADUN BATANG AI PULA MENINGGAL DUNIA

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi pada usia 53 tahun.

Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat.

Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak.

~Agendadaily

Penghakiman pertangdingan mewarna di Taman Botanic Putrajaya sempena hari wilayah peringkat Putrajaya pada 22-2-09.


Di Taman Botanic Putrajaya: persiapan untuk pertandingan mewarna pada 22-2-09 sempena hari Wilayah peringkat Putrajaya.

Thursday, February 19, 2009

lawak the 3 muskertier

Mukhriz Mahathir , Khairy Jamaluddin & Khir Toyo

Oleh Hanief

Sila rujuk di sini untuk melihat kaitan dialog di bawah.

Mukhriz: Saya mahu menegakkan syi’ar Islam.
Hanief: Ajar bini hang pakai tudung dahulu.

Mukhriz: ISA perlu diteruskan untuk atasi pemerintahan yang lemah.
Hanief: Obama dah tutup kem tahanan di Guantanamo Bay.

Mukhriz: Malaysia ini tak boleh berdemonstrasi.
Hanief: Pala otak hang! Media hang kawal lagu mana nak tau?

Mukhriz: PPSMI mesti diteruskan.
Hanief: Mesti bapak hang punya idea.

Mukhriz: Pembangkang lawan Sultan Perak hingga nak saman Baginda.
Hanief: Siapa suruh bapak hang yang tarik kekebalan Raja-raja Melayu?

Mukhriz: Anwar yang nak lompat parti katanya dah ada nama serta jumlahnya.
Hanief: Baik, kita tunggu PRK 3 bukit ini.

- - - - - - - -

Khairy: Ramai orang undi pembangkang sebab harga minyak.
Hanief: Nasi dah jadi bubur. Hang memang lena.

Khairy: UMNO masih relevan.
Hanief: Ya, dengan rasuah. Tiada rasuah, tiadalah relevannya.

Khairy: PPSMI mesti dipinda.
Hanief: Dulu 2007, kata nak batalkan? Kenapa macam tak berani la ni?

Khairy: Anak-anak muda tak suka ISA.
Hanief: Masa orang edar lencana anti-ISA, hang tak pakai siap kata “Saya suka ISA”.

Khairy: ISA undang-undang zalim.
Hanief: Tahanan HINDRAF yang hang tahan tu, bukan di ISA kah?

- - - - - - - -

Khir: UMNO mesti kembali kepada agama.
Hanief: UMNO caci ulama’ , haramkan serban, tutup sekolah agama.

Khir: UMNO mesti kembali jadi parti rakyat bawahan.
Hanief: Dah hilang jawatan, baru sedar yang UMNO parti orang kaya?

Khir: Hanief you ni pandai jawab sangat kenapa? Nak masuk ISA kah?
Khairy: Ya! Masukkan dia dalam ISA.
Mukhriz: Ya! Sabitkan penderhaka ni dengan kes liwat.

Hanief: Kau orang semua akan dihumbankan oleh rakyat, tunggu dan lihat. Hahahahahah!

Wednesday, February 18, 2009

Bacalah dengan sedar... Tapi kehidupan perlu diteruskan.

(*) Bloggers@HOT - 2 Pengorbanan Besar Nizar untuk rakyat

Sunday, February 15, 2009
Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan.

Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.

Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula.

Di dalam samannya terhadap `MB Perak' yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak. Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat' pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka.

Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993. Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ?

Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang' tidak mendurhakai Sultan ?

Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan'nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu. Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini.

Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik' itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit' yang dibawa olehnya sehingga sekarang. Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang.

Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka. Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai.

Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri.

Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak. Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan.

Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar.

Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata' rakyat.

Oleh : WFAUZDIN NS (menerusi email)

Hebat permainan PR; patut la YB IR Nizar kata dia keluar rumah rasmi sekejap sahaja. jeng jejeng....

Thursday, February 19, 2009

Kerajaan haram Umno/BN di Perak tidak akan bertahan lama

Dengan perkembangan terkini dan juga khabar angin yang mengatakan Adun lompat BN akan meletakkan jawatan akibat tekanan hebat daripada keluarga dan orang ramai, saya meramalkan yang kerajaan haram BN di negeri Perak ini tidak akan bertahan lama.

Kita nantikan episod seterusnya sedikit masa lagi.

Bila segala-galanya berakhir, institusi raja-lah yang akan merugi kerana umno/bn akan meletakkan segala kesalahan di pintu istana. Kita nantikan....
0 comments

Tuesday, February 17, 2009

Tengok tu...kan cacamarba namanya. Dah jadi keluarga 69. Telor dulu ke ayam dulu? Buat kerja tak guna otak tapi ikut perasan. Kenapa tak guna C4 aje.

Zambry dan 2 wartawan beri keterangan kepada jawatankuasa hak

IPOH, 17 Feb. :- Menteri Besar Perak Kudeta ,Zambry Abdul Kadir semalam hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung kenyataan medianya mengenai Speaker DUN Perak, V Sivakumar, baru-baru ini. Kehadirannya agak lewat iaitu pada jam 3.30 petang walaupun dia dipanggil untuk hadir pada jam 3.00 petang.

Turut dipanggil dan hadir untuk memberi keterangan dua wartawan dari akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

“saya hormati dia, beliau masih Speaker dan saya perlu menghormatinya," katanya di luar pejabat Sivakumar.

Ditanya kedudukan Sivakumar sebagai Speaker ketika ini, Zambry menjelaskan perkara itu akan diteliti mengikut peraturan dan proses undang-undang.

“Proses pemilihan Speaker (baru) ditentukan kemudian. Apa pun beliau (Sivakumar) masih Speaker DUN Perak.

Sementara itu, Sivakumar pada sidang media berasingan berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dengan memanggil beberapa individu termasuk Zambry dan dua wartawan.

"Jawatankuasa mengadakan mesyuarat itu untuk mendapatkan maklumat berhubung laporan akhbar terhadap Speaker. Jadi, mesyuarat itu bertujuan mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan bukti, sama ada ia betul atau tidak,” katanya yang mengakui Zambry memberi kerjasama ketika memberi penjelasan.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) daripada Barisan Nasional, manakala lima lagi daripada Anggota Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Perak yang sah iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar berkata, sehingga kini, jawatankuasa itu belum membuat sebarang keputusan kerana masih pada peringkat penyiasatan.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Tindakan ahli yang berhormat ADUN Perak boleh dirujuk kepada peraturan ini samaada ianya berlaku di dalam dewan atau diluar dewam.

Hee hee hee hee hee hee. Dah macam puntianak, tapi kena 5 kali hee; ganjil dapat pahala.

Hee berada di Hong Kong ?

Kejutan tindakan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong melompat untuk memberi sokongan kepada BN sehingga berjayanya satu kudeta kuasa di Perak masih menjadi berita hangat diperkatakan di mana saja khususnya di Jelapang.

Kelmarin saya meninjau berkenaan dengan masalah itu untuk menjawab soalan yang ada kaitan dengan hilangnya Hee sejak dia melompat. Banyak yang bertanya walaupun ada yang tidak mahu ambil kisah, " Di mana dia berada saya tak kisah yang penting dia dah buat salah kepada pengundi di sini" kata seorang pemuda.

Sejak tindakan Hee melompat kepada BN, dia tidak lagi muncul di Jelapang . Setakat yang kita ketahui dia muncul beberapa kali dengan Najib dalam beberapa sidang akhbar dan muncul di Istana beberapa kali dengan pengawalan yang ketat pasukan keselamatan.

Munculnya di dalam masyarakat Jelapang sangat di tunggu-tunggu. Sebagai wakil rakyat di kawasannya dia mesti bertanggung jawab dan berkerja untuk rakyat di situ.

Bagaimanakah kalau perkara ini berterusan hingga bertahun-tahun, adakah dia tidak akan muncul. Itulah persoalan yang menghantui pengundinya.

Sebab itu beberapa hari lepas timbul dia sudah insaf dan hendak meletakkan jawatan. Setakat ini belum ada pengesahan dan saya anggap berita angin sahaja. Yang penting tekanan kepadanya dan keluarganya oleh masyarakat cina Jelapang sangat kuat.

Maklumat terkini saya dijelaskan oleh sumber yang rapat dengan Hee yang mengatakan dia dan suaminya sekarang ini berada di Hong Kong. Wajarlah maklumat ini saya terima sementara waktu kerana memang dia macam tidak berada di Malaysia pada masa ini.

Walaupun ada maklumat sebelum ini dikatakan berada di Australia, saya memilih Hong Kong disebabkan latar belakang bangsa dan Hong Kong tempat tengok pelaburan usaha lompatnya kalau memang ada habuan. Saya tahu sangat sebab saya berada di China 4 tahun.

See ape YB Khalid says pasal YB Eli...

Tuesday, February 17, 2009

Kes YB Elizabeth Wong

Ada yang bertanya kepada saya, melalui SMS, panggilan telefon dan juga melalui blog ini berhubung kes YB Elizabeth Wong yang menjadi gempar pada hari ini, Isnin 16 Februari 2009. Ada juga yang panggil dan bertanya semasa saya berada di Parlimen, sibuk dengan aturcara perasmian oleh DYMM Sri Paduka Yang Dipertuan Agung. Saya jawab, “tunggu, saya perlu teliti dahulu”.

Kisahnya saya baca di dalam Malay Mail. Mengikut apa yang dilaporkan, YB Eli sedang tidur dan tidak sedar gambar-gambar berkenaan diambil. Berdasarkan apa yang dilapor ini, tanpa apa-apa andaian tambahan, jelas, YB Eli adalah mangsa usaha pencabulan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Ada bermacam-macam andaian yang telah dibuat. Ada yang mengandaikan ini tindakan orang yang cemburu terhadapnya. Ada yang kata ini permainan politik BN yang begitu terdesak, tiada modal, terpaksa mengutus orang mengambil gambar beliau secara curi dalam keadaan dia sedang tidur.

Ada juga yang membuat andaian ianya hasil dari hubungan intim di antara YB Eli dan seorang kekasih yang akhirnya, demi wang, menjual gambar-gambar ini. Ya, wang menjadi manusia pengkhianat dan tiada yang lebih arif tentang ini dari BN. Ini terbukti di Perak. Nak hasilkan pengkhianat, BN-lah pakarnya. Namun, dalam kes ini, ia tetap merupakan satu andaian. Mungkin andaian-andaian ini benar, mungkin tidak.

Maka buat masa ini, tidak perlu kita membuat andaian-andaian yang tidak mampu kita buktikan. Apa yang penting ialah kita akui YB Eli merupakan mangsa dan tindakan pihak yang mengambil gambar-gambar tersebut perlu dikutuk. Ianya merupakan tindakan yang mencabuli hak ‘privacy’ YB Eli di rumah beliau sendiri dan tindakan mengendap dan mengintip seseorang demi mencari dan seterusnya mendedah kelemahan seseorang adalah jelas dikutuk oleh Islam.

Ada pula yang mencadangkan, tidakkah sepatutnya YB Eli meletak jawatan? Saya ingin bertanya kembali, mengapa? Apakah kesalahannya? Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan? Sejak bila? Ianya mungkin amalan yang pelik bagi sesetengah golongan, tetapi ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Lainlah kalau berbogel dikhalayak ramai.

Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya. Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalu tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf.

Malahan, sekiranya ada pengakuan dari satu pihak bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seseorang sekalipun, pengakuannya hanya tersabit kesalahan atas dirinya sahaja sebagai pihak yang mengaku bersalah, bukan keatas pihak yang satu lagi. Begitulah adilnya hukum Islam. Tidak tergopoh-gopoh dan tidak ghairah untuk menyabit kesalahan seseorang. Kalau kita lihat pada kes-kes pada zaman Rasulullah (SAW), orang lelaki yang mengaku berzina tidak pula ditahan dan diseksa sehingga dipaksa memberitahu siapa wanita yang berzina dengannya. Yang mengaku sahaja yang dihukum. Malahan, yang tarik balik pengakuan, ditarik balik hukuman. Itu kaedahnya terhadap orang Islam. Tetapi, YB Eli bukan seorang Islam.

Kalau beliau dipaksa atau didesak meletak jawatan, maka mereka-mereka yang menganiayanya akan mencapai kehendak mereka. Dan kerajaan Selangor kehilangan seorang yang (setakat mana saya tahu) menjalankan tugasnya dengan dedikasi. Namun, akhirnya persoalan ini perlu dikembalikan kepada YB Eli sendiri. Mungkin selama ini beliau tidak sangka betapa kotornya politik Malaysia. Mungkin dia sendiri sudah menjadi muak dan naik meluat dengan kekotoran ini. (Saya difahamkan beliau menangis semasa bercerita tentang hal ini kepada Dr. Lo’ Lo’). Mungkin beliau sendiri yang ingin meletak jawatan.

Atau, beliau ingin lawan dan tidak tunduk kepada musuh yang menggunakan segala taktik yang kotor terhadap beliau. Kekotoran yang seperti inilah yang ingin beliau nyahkan dari politik Malaysia dan oleh itu beliau akan terus berkhidmat.

Dalam masa yang sama, persoalan ini boleh juga diserahkan sahaja kepada PKR. Biar mereka berbincang dengan YB Eli dan biar mereka sahaja yang memutuskannya. Mereka yang menganggap PAS adalah pihak yang akan menentukan tindakan terhadap YB Eli amat tersilap. Bukan itu caranya kita berkongsi dan berpakat dalam Pakatan.

WaLlahu 'Alam

Jum join

Forum: Rampasan Kuasa di Perak - Bersama DS Nizar (Selasa, 17/2/09, Klang)

Semua di jemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-
Read More[+]

Sunday, February 15, 2009

Aku dah kata dah... pelik kat dia je dan ingat besar sangat dapat pangkat tu. orang lain pun pandai juga.. cuma pelanduk saja yang lupakan jerat.

Penentuan nasib si 7 Jahanam Rabu esok!

Menteri Besar Hailam Perak, Zambry Kadiaq menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, sebagai sesuatu yang pelik.

Peguam Tn. Hj Asmuni Awi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri berkata, "Pelik sebab kena kat dia dan dia pun tidak sangka kita akan bertindak begitu terhadap mereka.”

Sementara itu, Setiausaha Akhbar MB Nizar menegaskan bahawa tiada apa yang pelik kerana Siva ikut 'rules and regulations.'

Sama-sama kita tunggu .....

Rasanya tak lepas Najib nak jadi PM. Doa tuan-tuan guru ni Power... wait and see..

16 Februari 2009

Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13 - Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 16 Feb : - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

"Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

"Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

"Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang," katanya.

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang," uja
Publish Post
r beliau.

Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik.

"Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan," katanya. Harakahdaily.

BAHASA IBONDA KU; Umnu memang nak cari pasal. Kalau dibiarkan akan jadi melukut ditepi gantang. bertndaklah sebelum terlewat wahai bangsaku...

PPSMI: Gapena buat laporan polis
Jimadie Shah Othman | Feb 15, 09 4:22pm
Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin membuat laporan tersebut tengahari ini di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

gapena lodges police report 01Mereka pada mulanya merancang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang (IPD) Wangi tetapi rancangan itu ditukar di saat akhir.

Dalam laporan polis itu, Ismail mendakwa pelaksanaan PPSMI "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan".

Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) meperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

"Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

"Berasaskan kepada kehendak perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996), adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu," laporan polis itu dipetik.

Proses pertama Gapena


gapena lodges police report 02Ismail juga mendakwa pelaksanaan dasar itu akan "membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang".

Beliau ditemani setiausaha 1 Gapena Dr Zainal Abidin Borhan, Ketua 1 Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baharuddin Zainal dan penulis Rejab Ismail, ketika membuat laporan tersebut.

Bercakap dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan tersebut, Ismail berkata laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.

Ismail juga berkata, badan-badan gabungannya di seluruh Malaysia, akan membuat laporan yang sama berhubung pelaksanaan dasar itu di tempat masing-masing.

Ditanya tentang cadangan Gepena mengadakan perarakan keranda - dinamakan Keranda 152 - bagi menyatakan bantahan mereka, Ismail berkata: "Waktu kita bincang, macam-macam rancanganlah timbul. Hendak buat macam itu perlu minta izin."

Gapena sebelum itu mengadakan program khas bagi menyatakan bantahan mereka terhadap PPSMI melalui bacaan sajak dan pidato tokoh dan aktivis bahasa - dinamakan "Ratap Ratib Bahasa".

'Hak bahasa dan orang Melayu'

Bekas pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) - sebuah lagi badan yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI - turut kelihatan, termasuk pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad.

Abdul Aziz sebelum itu dalam ucapannya di pejabat Gapena di ibunegara berkata, hak-hak berhubung bahasa dan kedudukan orang Melayu telah pun wujud sejak zaman penjajahan British lagi.

Perkara itu, kata beliau lagi, kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menyentuh soal peluang Gapena membawa isu PPSMI ke mahkamah, Abdul Aziz berkata, dari aspek undang-undang, Gapena mempunya hujah yang kukuh untuk menuntut semakan kehakiman.

"Bagaimanapun, saya bimbang kuasa menteri boleh menukar mata pelajaran Sains dan Matematik supaya tidak lagi menjadi matapelajaran teras. Menteri ada kuasa itu. (Kalau) itu (berlaku) maknanya, orang politiklah yang kena beritahu (menteri)," katanya menjawab soalan Baharuddin dalam majlis itu.

Abdul Aziz yang juga pengamal undang-undang menjelaskan, sesiapa sahaja sebagai warganegara Malaysia boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

"Gapena sebagai persatuan tidak (boleh). Gapena hanya sebagai penaja, nama sahaja. Sebagai entiti yang sah, ahli-ahlinya boleh bertindak," katanya.

Kira-kira 100 aktivis bahasa dan sastera hadir dalam majlis tersebut yang bermula sejak jam 9 pagi tadi.

PELIK? PELIK BELAKU KERANA TAK ADA SINCERITY DAN SUKA BERBOHONG. Jadi orang terkejut bila berlaku. Ini semua amalan UMNU

Feb 15, 2009

Zambry kata Sivakumar pelik? Wakakak !!!

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak pada Rabu ini sebagai sesuatu yang pelik.

Beliau berkata, kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN. [read more]
Mana ada yang pelik sekarang. Semua yang pelik pun dah jadi tak pelik. Weyyy Zombie... camaana nko yang ditolak rakyat pun boleh jadi MB? Tak ke pelik namanya. Wakakak !!!
SPR yang tiba tiba tolak usul bubar DUN pun pelik. Sultan tolak MB pun pelik. Kucing bertanduk pun pelik ... wakakak !!!
berita berkaitan.

Thursday, February 12, 2009

Ini bukan kempen anti Israel. Tapi kalau bahaya bahaya juga dan kita tiada pilihan... renung renungkan

... Telefon jenis lipat ini sungguh bahaya.

Baru baru ini satu kemalangan kecil telah berlaku menyebabkan satu lorong taman perumahan menjadi kecoh. Elakkan daripada berulang, malang tak berbau, celaka jangan diundang. Sila sebarkan.













tengok bawah...dahsyat ....















..

Satu lagi tanda tanda kebesaran. tapi hanya mereka yang diizinkan Allah Taala sahaja yang dapat melihat. Poster

GROUND SUPPORT EQUIPMENT

KLIA SEPANG

MALAYSIA

EXTN : 603-87772647


Picture 072.jpg

Picture 073.jpg

Picture 074.jpg

From: Ridzuan Bin Harun
From: Salwani Ali

Ramai yang tanya apa benda yang bulat2 tu? Saya pun tak pasti. Pertama kali saya lihat gambar yang begini bila boss saya Tn Hj FBI tunjukkan gambar yg beliau rakam pada tahun lepas. Jadi saya berazam nak merakamkan gambar yang sama.

Pada pandangan saya (belum rujuk kepada ustaz lagi ni), mungkin lepas ni ustaz Sapawi boleh bagi komen; Pada hari wukuf doa kita semua naik ke langit. Waktu wuquf ialah dari zohor 9 Zulhijjah hingga subuh 10 Zulhijjah. Gambar ni saya rakamkan lebih kurang jam 11:00 malam, masih waktu wuquf. Pada pandangan saya objek bulat berkenaan ialah perkataan2 yang kita sebutkan samada baik atau buruk yang naik ke langit menjadi doa kita kepada Allah. Perlu diingat bahawa objek bulat ini tak dapat dilihat menerusi naked eyes, hanya muncul dalam gambar.

Jemaah kami berkesempatan melihat tulisan di langit sebanyak 3 kali iaitu di Arafah selepas solat zohor, di Muzdalifah pada bulan dan di Mina semasa menunggu nak melontar jamrah. Tulisan berbentuk LaailaHaillalLah, AlLah dan Muhammad

Betapa hebat nya kuasa Allah. Semua yang kita lihat dan saksikan adalah tanda kekuasaan.

Karamah Mujahidin di Gaza


Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Ustaz Halim www.inijalanku. wordpress. com

Wednesday, February 11, 2009

CONTOH TAK BAIK: Kalau dah asalnya gitu, gitu la hasilnya. dah tua tak boleh adjust jadi baik.

Osman tidak dimasukkan ke HKL - Pengarah

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Bekas (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

kegagalan menunjukkan sijil cuti sakit sehingga waran tangkap dikeluarkan kepada Osman hari selasa lepas.

Menurut Norliza, abangnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.

Susulan dari berita ini akhirnya hampir membenarkan ada unsur pembohongan dari Osman yang saya pertanyakan adakah dia buat -buat sakit yang saya tulis dalam blog ini kelmarin.

Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.

Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Kita tunggu hari pembicaraan yang ditangguhkan iaitu 15 Jun akan datang, apa pula lakonan yang Osman dan adiknya ?. Kalau lah benar sakit IsyaAllah sudah sembuh pada masa itu, cuma yang saya bimbangkan dia takut untuk muncul di khalayak ramai. mana lah tahu pada anggapannya ada telur busuk dan lemparan kasut sedang menunggu di pintu masuk mahkamah.

Baca Seterusnya...

Tuesday, February 10, 2009

PAKU DULANG

http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/mengenang-sejarah.html

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara 'keras kin'. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3MzcycURikB-bzg92siBRNDkO8XewTkYjYZNvkQv_65L_38UbMQbKkUcE9NuQWSc8s162aGlTfZOgv9SiothcCY34xcuB7-tpHXypO8-MWLbSBXBOeXXeaXX8gRuFzpqbGqaY0HsE4isw/s320/Sultan+Isdris+Shah.jpgSemua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; "Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuCyueuY5m9rPnoLqXo619pTJhVlrOblmM-qeThqduX_Ueno2ZIrDcr2LX3OOvNcHGzwnjj7NHwt_m2dvrXnMaHmRAB8KNuTXZuzqoatUzb7QbGgsIiOt9928BlZzeyCoizPv4_ZJX_CWL/s320/Ghazali.jpg

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat
surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFsf6MzT2_kHPsIzETt0-VSap4mQ7Gih90DxNdThtG2TeufnAbQaA-9U1MEou_iy98oMU05oiwKs7huADoMhQLHmf-_bNP97aEk7HqZ_zjAMHrfn7fet-eDyPJvAObfWwqN5ahS5qb7m06/s320/Mokhtar+Petah+1.jpg

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato' Abdul Malik Ahmad, Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi 'perunding' antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata - MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon,
Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau
lima tahun," kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun."

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO - BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, 'kata dulang paku sepih'. [wm.kl 11:45 am
09/02/09]


Monday, February 9, 2009

PESANAN MB PERAK

Perutusan Menteri Besar Perak

BismilahirRahmanirRahim.


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkan-Nya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.


Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.


Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.


Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.


Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.


UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.


Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar


Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :


pembubaran Dewan Undangan Negeri.

undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

saya meletak jawatan secara sukarela.


Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?


Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.


Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat.


Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.


Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.


Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.


Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.


Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.


Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.


Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.


Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak


Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.


Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.