Tuesday, February 17, 2009

Tengok tu...kan cacamarba namanya. Dah jadi keluarga 69. Telor dulu ke ayam dulu? Buat kerja tak guna otak tapi ikut perasan. Kenapa tak guna C4 aje.

Zambry dan 2 wartawan beri keterangan kepada jawatankuasa hak

IPOH, 17 Feb. :- Menteri Besar Perak Kudeta ,Zambry Abdul Kadir semalam hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung kenyataan medianya mengenai Speaker DUN Perak, V Sivakumar, baru-baru ini. Kehadirannya agak lewat iaitu pada jam 3.30 petang walaupun dia dipanggil untuk hadir pada jam 3.00 petang.

Turut dipanggil dan hadir untuk memberi keterangan dua wartawan dari akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

“saya hormati dia, beliau masih Speaker dan saya perlu menghormatinya," katanya di luar pejabat Sivakumar.

Ditanya kedudukan Sivakumar sebagai Speaker ketika ini, Zambry menjelaskan perkara itu akan diteliti mengikut peraturan dan proses undang-undang.

“Proses pemilihan Speaker (baru) ditentukan kemudian. Apa pun beliau (Sivakumar) masih Speaker DUN Perak.

Sementara itu, Sivakumar pada sidang media berasingan berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dengan memanggil beberapa individu termasuk Zambry dan dua wartawan.

"Jawatankuasa mengadakan mesyuarat itu untuk mendapatkan maklumat berhubung laporan akhbar terhadap Speaker. Jadi, mesyuarat itu bertujuan mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan bukti, sama ada ia betul atau tidak,” katanya yang mengakui Zambry memberi kerjasama ketika memberi penjelasan.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) daripada Barisan Nasional, manakala lima lagi daripada Anggota Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Perak yang sah iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar berkata, sehingga kini, jawatankuasa itu belum membuat sebarang keputusan kerana masih pada peringkat penyiasatan.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Tindakan ahli yang berhormat ADUN Perak boleh dirujuk kepada peraturan ini samaada ianya berlaku di dalam dewan atau diluar dewam.

1 comment:

din said...

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Semalam, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.