Friday, February 6, 2009

KEJAM

Sultan Perak perlu guna kuasa simpanan

Sultan Perak perlu menggunakan kuasa simpanan bagi menyelesaikan krisis politik yang kini melanda negeri itu.

Sehingga malam ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun jawatan itu kini secara rasminya telah disandang oleh Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir atas keyakinan yang beliau masih sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kedudukan pada masa ini berada dalam keadaan Perlembagaan tidak 'berkata' apa-apa dan tidak menawarkan apa-apa bagi menangani krisis yang berlaku.

"Dalam kes seperti ini, Sultan perlu menggunakan kuasa-kuasa simpanan yang ada padanya.

"Menang benar kuasa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan tetapi dalam menangani krisis seperti ini Sultan mempunyai kuasa, katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau menjelaskan, ada dua cara Sultan boleh bertindak dan satu daripadanya adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tanpa nasihat seorang Menteri Besar.

"Satu cara lagi adalah Sultan membatalkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan kemudian membubarkan dewan undangan negeri," katanya.

Beliau berkata, krisis itu boleh berlanjutan selama mana Mohammmad Nizar enggan untuk mengosongkan jawatannya yang boleh menimbulkan persoalan berhubung kesahan kerajaan baru

Ramai yang bersetuju dengan pandangan dan pendapat Professr Dr Abdul aziz Bari diatas.Beliau nampak tidak bias kemana-mana pihak; tetapi mahukan rakyat yang membuat penentuan bagi meleraikan krisis tersebut. Nak baca pendapat Professor Kangkung sila klik di sini

Umno diseru agar menghormati Institusi Diraja

Malam tadi ramai yang berkampung di kediaman Rasmi Menteri Besar.Mereka tidak mahu MB Nizar di kweluarkan dari kediaman tersebut.

Kerajaan Haram Umno Perak menggesa Nizar supaya meninggalkan kediaman tersebut petang kelmarin dan mereka khabarnya mahu bertindak dengan kekerasan untuk memaksa Nizar keluar dari situ.

Sokongan dan dorongan orang ramai agar Nizar
terus mempertahankan kerajaan yang memperjuangkan
kebajikan rakyat

Betapa tatkala tersungkurnya Umno /BN 10 bulan yang lau, Tajol terus mendiami kediaman tersebut selama sebulan lebih tanpa digugat oleh Pakatan Rakyat.Tidak ada sesiaopa pun yang memaksanya untuk keluar.Begitu sopan santunnya Pakatan Rakyat ; namun Umno/BN tidak tahu membalas kesantunan Pakatan Rakyat terhadapnya.

Dibawah Pakatan Rayat, Cina Melayu dan India boleh bermuafakat

Pagi kelmarin, mereka cuba menghalang Nizar daripada memasuki pejabatnya. Bila beliau dibenarkan untuk mengambil barang-barang peribadinya di situ, beliau amat te5rkejut melihat pejabatnya kosong sebagaimana 10 bulan yang lalu tatkala beliau memasuki pejabat tersebut.

Segala-galanya nya ghaib! Laci-lacinya semua kosong.Ini tentunya kerja Langsuyor al-Tantuya!

Nizar juga mendedahkan sikap sebenar Setiausaha Negeri yang selama ini berpura-pura bersikap wara' dan berlemah lembut.

"Dia yang mengherdik para wartawan suruh keluar; tapi dalam surat khabar perdana, saya pula yang dituduh berkelakuan kurang ajar macam itu," kata Nizar.

Umno kini memainkan isu kononya Nizar derhaka kepada Sultan dan engkar perintah Sultan.

Malam tadi beliau menafikan dakwaan tersebut.Nizar berkata, beliau hanya merayu dan merafa’ sembah perkenan Duli Tuanku agar Tuanku membuat ‘review’ keatas keputusannya yang kelihatan dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

Pakatan Rakyat berharap supaya diadakan pilihan raya yang baru supaya rakyat jelata dapat menentukan kerajaan yang mereka mahukan.

Kerajaan Haram Umno jangan cuba berselindung dan mengheret Institusi Diraja ke kancah politik.

Nizar berharap agar Institusi Diraja negeri Perak Darul Ridzuan ini akan terus dihormati sebagaimana Institusi Diraja Thailand yang sangat dihormati setiap rakyat kerana tidak berpihak kemana-mana parti politik.

Demonstrasi Menuntut Kerajaan Rakyat Perak Dikembalikan

Orang ramai berhimpun secara aman menuntuk hak
mereka yang telah dicabuli oleh Umno / BN

Perhimpunan demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar petang tadi menggambarkan kebangkitan rakyat khususnya rakyat negeri Perak sendiri yang tidak berpuas hati terhadap rampasan kerajaan yang di lakukan oleh Umno/BN yang dipelopori oleh bakal Perdana Menteri Malaysia , Najib al-Tantuya.

Mereka hanya mahukan Kerajaan Rakyat dikembalikan
semula di Perak.

Demonstrasi secara aman pada mulanya telah diprovok oleh FRU (polis simpanan) yang telah menembak gas pemedih mata kepada orang ramai dengan maksud untuk menyuraikan mereka.

Warna kulit dan bahasa sama dengan kami..

Tujuan demonstrasi petang tadi adalah untuk menarik perhatian Tuanku Sultan agar Tuanku mempertimbangkan semula keputusan yang dilihat tel;ah menyebelahi kepentingan pihak tertentu.

Tetapi perangai tidak ubah Zionis Yahudi yang
dahagakan darah kami..

Rakyat kebanyakan merasakan agar mandat diserahkan semula kepada rakyat melalui pembubaran DUN supaya pilihanraya baru dapat diadakan semula dan rakyat diberikan hak untuk menentukan parti mana yang akan menjadi kerajaan.mengganas keatas orang ramai yang tidak bersenjata Dr Lo'lo' cuba berunding namun polis tidak pedulikan


Dr Lo'lo' cuba berdailog dengan pihak polis
namun sia-sia sahaja

Rakyat menganggap rampasan kerajaan oleh Umno/BN adalah suatu perlakuan yang tidak bermoral dan menganggap, Umno dan BN telah mengeksploitasi Institusi DiRaja.


Polis menembak gas pemedih mata kearah orang
ramai yang berdemonstrasi secara aman



Polis sendiri merasakan keperitan menghidu gas tersebut
lalu berpath balik ke belakang...




Kereta Tuanku pun kena bom asap ,
hadiah pihak polis untuk sambutan Jubilee Diraja


Perbuatan Umno/BN secara tidak disedari telah mencemar Institusi Diraja dimata rakyat.

Murid-murid sekolah berdekatan turut menyaksikan kekejaman
pihak polis dan mereka turut mengecam dan membaling
batu kearah polis kerana marahkan mereka

Umno/BN bukan pertama kali ini mencemarkan Institusi Diraja. Sebelum ini,mereka pernah mentabal Raja Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Mereka berdua ini tesangat kecewa diatas tindakan
tidak berperi kemanusiaan pihak polis.Mereka cabar
supaya polis tembak sahaja mereka sebagaimana Yahudi
lakukan terhadap penduduk Palestin di Gaza

Umno/BN pernah melondehkan beberapa orang Sultan sewaktu krisis perlembagaan tidak lama dulu.Mantan Menteri Besar Selangor , Mat Mohamad Taib pernah mencemarkan Kesultnan Selangor apabila dia mengusung lari Puteri Yah ke Thailand dan nikah di sana.

Siapa yang tidak marah dan hiba melihat
kekejaman polis terhadap budak sekolah ini yang
pengsan akibat gas pemedih mata pihak polis


Apa yang rakyat mahukan kini ialah supaya Kerajaan Rakyat dikembalikan semula di Perak ..Mereka menuntut supaya DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

No comments: