Sunday, February 8, 2009

PERAK AHAD DAN MALAM NYA

Sunday, February 8, 2009

(1) Bloggers@LIVE - update 11.00 pm

gambaran rakyat yg berada diluar tembok kerana ruang di dalam kediaman sudah penuh dengan kebanjiran rakyat yang melaut seumpama lautan putih.

Senyum pengundi-pengundi muda para reformis muda !


YAB MB Perak ketika memulakan ucapan dari atas rumah beliau


Barisan Pimpinan Utama di Himpunan Rakyat.

Khalayak rakyat yg ramai dari pandangan atas


Setelah mendengar ucapan YB Menteri Besar Perak sebentar tadi saya membuat kesimpulan yang dapat dibuat adalah isu yang berlaku kini bukannya isu gila atau tamak kuasa tetapi isu membelakangkan undang-undang. Mengikut undang-undang (Perlembagaan Negeri Perak) MB tidak boleh dilucutkan oleh Sultan. Tetapi perkara itu telah dilakukan dan berlaku di Perak.
Dalam keadaan in YB Nizar bangun untuk mempertahankan undang-undang bukannya mempertahankan kuasanya. Apa jadi jika YB Nizar mengalah dan menurut sahaja titah Sultan? YB Nizar telah turut bersama mencabuli undang-undang.

Dalam situasi sekarang, fakta dan tafsiran telah diputar belitkan sehingga orang menganggap YB Nizar adalah penderhaka. Saya rasa orang yang membuat undang-undang itulah yang menderhaka kerana tidak menetapkan Sultan boleh memecat MB. Saya berharap pemimpin UMNO yang sayang dan taat kepada Sultan mengubah undang-undang yang ada untuk memberi kuasa kepada Sultan memecat dan melantik MB dan PM.

(1) Bloggers@LIVE - update 10.30 pm


Dato Seri Menteri Besar Perak telah memulakan ucapan penuh semangat dengan laungan takbir dan sokongan padu dari lautan rakyat, hingga gema laungan itu benar-benar mengegar jiwa. Takbir ! Beliau memulakan ucapan dengan menyatakan bahawa sudah sampai masa dan ketika rakyat mesti berganding bahu bersama-sama untuk meningkatkan martabat, dan imej negeri yang kian hancur diamuk oleh ketamakan kuasa Umno-BN yg inginkan kuasa.

Ujar beliau penuh semangat, martabat dan imej itu akan dapat dipulihkan dan ditingkatkan dengan mendesak pembubaran DUN Negeri Perak sebagaimana peruntukan itu wujud dalam Perlembagaan, hak rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat.

Gema suara semangat rakyat yang hadir melaungkan kembalikan hak negeri perak kpd rakyat,

YAB MB Perak meletakkan kesalahan kepada apa yang berlaku kepada TPM, Dato' Najib untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya suara rakyat yang bangun mendesak diadakan pilihanraya di negeri Perak menunjukan 'signal' yang jelas kepada BN, agar jangan berlaku biadap kepada rakyat, dengan mengenepikan kuasa rakyat.


Beliau juga berkehendak agar berlaku adillah kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang sah melalui pilihanraya setelah DUN dibubarkan bagi menyatakan kerajaan mana yg benar-benar sah namun Dato' Najib telah merampas kuasa dan menolak kehendak rakyat Perak.

(1) Bloggers@LIVE - update 10.00 pm

ikuti
Siaran Lansung
HIMPUNAN KEMBALIKAN KERAJAAN RAKYAT
di kediaman resmi Menteri Besar Perak
8 Februari 2009
bermula 9.00 malam
siaran lansung di

(1) Bloggers@LIVE - update 9.45 pm

Terkini !
semua jalan-jalan utama ke kediaman MB Perak disekat oleh Polis. Ribuan rakyat terpaksa berkorban tenaga kerana terpaksa meletakkan kereta sejauh 5 km dari tapak ceramah di kediaman beliau. Ribuan rakyat masih berada diluar kerana ruang-ruang kediaman benar2 sarat dgn rakyat yang simpati dgn MB Perak.
Kini MB Perak sedang memulakan ucapan, belum mula cakap pun lagi, gema rakyat bertakbir mengegar alam. Inilah simbol pernyataan rakyat untuk menyatakan bahawa negeri Perak ini sebenarnya sedang dilanda krisis ketuanan ! Ketuanan apa ? Ketuanan Rakyat !
Anggaran rakyat yang melaut didalam kediaman MB sekarang mungkin mencecah 20 ribu orang.

(1) Bloggers@LIVE - update 9.30 pm


Kehadiran YAB Dato' Husam Musa ke bilik Media disambut dengan takbirr..Allah hu Akbar! Dalam perbualan singkat bersama Dato Husam tadi, beliau mahukan gerak kerja bloggers mesti ditingkatkan, jika boleh biarlah lebih dari 3 kali ganda dr yg ada sekarang.

(2) Bloggers@LIVE - update 9.15pm




Kakak ni tadi ABO tanya, bisnes ok kaa..wow! senyum kakak tu sampai tak nampak mata. Jual kacang kuda juga boleh jadi kaya...! Husin Lempoyang sudah susah hati..wakakakaka!
Program ceramah telah dimulakan, khalayak amat ramai, butiran ceramah akan diupdate oleh blogger Sya dan Ummi, ciberboron sedang mengila di lapangan mencari bahan. Cuaca amat nyaman.

(1) Bloggers@LIVE - update 9 pm

Dianggarkan kehadiran rakyat sehingga jam 8.40pm adalah disekitar 12 ribu orang, dari tinjauan rambang orang ramai kini memenuhi padang di hadapan surau untuk bersolat isyak berjemaah.

antara jajaan yang boleh didapati di tapak gerai jualan. Murah..murah..beb!


Pasukan Unit AMAL yang ditugaskan untuk memantau dan mengawasi Bilik Media dengan kawalan 24 jam sehari. Terima kasih kepada petugas Unit Amal dari Pontian, Ipoh Barat, Lumut dan Pahang. Kawalan tahap A++

Banyak untung ana ini malam, pelanggan banyak,masyukk pun banyak, lagi untung jual tasbih dari jual unta..tapi ana tak jual katak. Katak sekarang harganya juta-juta sheihhh, ana mana ada modal sebanyak itu..!

(*) Bloggers@LIVE - LANGSUNG DARI RUMAH MB PERAK


Alhamdulillah..ABO akan membawakan paparan dan liputan terkini dari perkarangan rumah kediaman Menteri Besar Perak yang mana beliau telah dizalimi. Update pada setiap 15 minit LANGSUNG dari Bilik Media kami.
Penceramah yang hadir pada malam HIMPUNAN RAKYAT malam ini ialah :

YAB DSAI
YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang
Liputan akan diupdate mulai 9 malam ~ 12 mlm dibawakan oleh Blogger al-Banjari Online - radenbanjar@ABO. Terima kasih

No comments: