http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/mengenang-sejarah.html
Sudah  Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum  Ini
DALAM  mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan  dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara 'keras kin'. Sebaik-baiknya  ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu.  Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk  dirujuk.
Semua  pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan  Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun  secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu  saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada  perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak  dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka  jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana  ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di  Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan.  Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira  35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas  Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol  Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama  walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan  Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB  buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak  mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah  kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak  dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat  demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang  digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika  itu memberi pandangan; "Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan  seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan  diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat  atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau  memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden  UMNO."
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk  beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan  berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut.  Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda  membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana  kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu  Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn  lah Ghazali membuat surat  perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik  daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran  Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar  Petah dan disedut daRI blog  beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN  SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi  telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia  telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung  UMNO. 
Pada  pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala  Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia  memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah  tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana  pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah  ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB  BERSATU
Kes  Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar  ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir  Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah  bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala  pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan  Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di  antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah  Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi  terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie  Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato' Abdul Malik Ahmad,  Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak  yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian  segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi 'perunding' antara  Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan  kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau  telah (berkata - MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak  memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan  bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik  ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar  Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan  Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan  negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji  Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September  1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar,  di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit  Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah  memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon,  Ipoh.  Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda,  bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh  melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI  POLITIK
" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi  Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya  umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau  lima  tahun," kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan  perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar  Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan  dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda  telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun  Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri  dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa  dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa  orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan  berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli  Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun."
Semenjak  itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977.  Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali  Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang  dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan  (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan  Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan  sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan,  terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi  tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana  diberhentikan oleh Presiden UMNO - BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada  tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan  Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat  polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau  dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri  Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik  Arab Bersatu, Masir.
Kata  Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah  Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi  mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada  kilat dan silaunya, 'kata dulang paku sepih'. [wm.kl 11:45 am  09/02/09]
 

No comments:
Post a Comment