Tuesday, February 24, 2009

Jaguh kampung (ayam kampung); kokok aje yang kuat, ekor...

Wednesday, February 25, 2009

Khir Toyo : Bapa Segala Rasuah

ADUN Sg. Panjang yang juga merupakan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilihat semakin mengarut itu didesak supaya MELETAK JAWATAN SERTA MERTA ekoran terdapat 20 salah laku Khir semasa memegang jawatan MB selangor.

Berikut adalah butiran kes Khir :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Sumber dari : sini

Monday, February 23, 2009

Release kan tention; tengok camne orang pempuan bawa keta...

Panjang cerita macam ni....

Tuesday, February 24, 2009

ADUN BATANG AI PULA MENINGGAL DUNIA

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi pada usia 53 tahun.

Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat.

Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak.

~Agendadaily

Penghakiman pertangdingan mewarna di Taman Botanic Putrajaya sempena hari wilayah peringkat Putrajaya pada 22-2-09.


Di Taman Botanic Putrajaya: persiapan untuk pertandingan mewarna pada 22-2-09 sempena hari Wilayah peringkat Putrajaya.

Thursday, February 19, 2009

lawak the 3 muskertier

Mukhriz Mahathir , Khairy Jamaluddin & Khir Toyo

Oleh Hanief

Sila rujuk di sini untuk melihat kaitan dialog di bawah.

Mukhriz: Saya mahu menegakkan syi’ar Islam.
Hanief: Ajar bini hang pakai tudung dahulu.

Mukhriz: ISA perlu diteruskan untuk atasi pemerintahan yang lemah.
Hanief: Obama dah tutup kem tahanan di Guantanamo Bay.

Mukhriz: Malaysia ini tak boleh berdemonstrasi.
Hanief: Pala otak hang! Media hang kawal lagu mana nak tau?

Mukhriz: PPSMI mesti diteruskan.
Hanief: Mesti bapak hang punya idea.

Mukhriz: Pembangkang lawan Sultan Perak hingga nak saman Baginda.
Hanief: Siapa suruh bapak hang yang tarik kekebalan Raja-raja Melayu?

Mukhriz: Anwar yang nak lompat parti katanya dah ada nama serta jumlahnya.
Hanief: Baik, kita tunggu PRK 3 bukit ini.

- - - - - - - -

Khairy: Ramai orang undi pembangkang sebab harga minyak.
Hanief: Nasi dah jadi bubur. Hang memang lena.

Khairy: UMNO masih relevan.
Hanief: Ya, dengan rasuah. Tiada rasuah, tiadalah relevannya.

Khairy: PPSMI mesti dipinda.
Hanief: Dulu 2007, kata nak batalkan? Kenapa macam tak berani la ni?

Khairy: Anak-anak muda tak suka ISA.
Hanief: Masa orang edar lencana anti-ISA, hang tak pakai siap kata “Saya suka ISA”.

Khairy: ISA undang-undang zalim.
Hanief: Tahanan HINDRAF yang hang tahan tu, bukan di ISA kah?

- - - - - - - -

Khir: UMNO mesti kembali kepada agama.
Hanief: UMNO caci ulama’ , haramkan serban, tutup sekolah agama.

Khir: UMNO mesti kembali jadi parti rakyat bawahan.
Hanief: Dah hilang jawatan, baru sedar yang UMNO parti orang kaya?

Khir: Hanief you ni pandai jawab sangat kenapa? Nak masuk ISA kah?
Khairy: Ya! Masukkan dia dalam ISA.
Mukhriz: Ya! Sabitkan penderhaka ni dengan kes liwat.

Hanief: Kau orang semua akan dihumbankan oleh rakyat, tunggu dan lihat. Hahahahahah!

Wednesday, February 18, 2009

Bacalah dengan sedar... Tapi kehidupan perlu diteruskan.

(*) Bloggers@HOT - 2 Pengorbanan Besar Nizar untuk rakyat

Sunday, February 15, 2009
Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan.

Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.

Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula.

Di dalam samannya terhadap `MB Perak' yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak. Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat' pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka.

Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993. Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ?

Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang' tidak mendurhakai Sultan ?

Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan'nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu. Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini.

Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik' itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit' yang dibawa olehnya sehingga sekarang. Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang.

Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka. Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai.

Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri.

Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak. Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan.

Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar.

Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata' rakyat.

Oleh : WFAUZDIN NS (menerusi email)