Karangan Terbaik UPSR 2007  
Karangan budak darjah 4  
     Pagi itu pagi minggu. Cuaca  cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi  sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana  tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.  Tetapi saya tidak mahu.
     Selepas emak menikam perut saya  berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami  berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari  rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena  meluru dengan laju dari arah belakang.
     Dia melanggar emak saya.  Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya  naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak  saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak  kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.  Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda  kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu  terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri  itu terbelah dua.
     Penumpang feri itu yang seramai 100 orang  semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman  dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori  dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak  saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting 
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang  telah bertukar menjadi Ultraman itu.
     Pemandu feri itu terkejut dan  terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu  feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf  dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih  marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu  dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.  Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke  tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil  memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
     Pemandu lori  itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori  itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke  ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat  polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana  ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan  orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai  terperanjat dan semuanya mati.
     Selepas itu emak saya mengajak saya  ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya  menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan  peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan  mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat  sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri  yang pernah saya lihat sebelum saya mati
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
salam ziarah..
erm.
agak x logik
mungkin budak ni banyak sangat terpengaruh dengan tv..
by the way,
nice post..
abah aja ea?
saya kawan dia..hehe
Post a Comment